Saturday, March 3, 2012

Allah rindu kita, tapi kitaa ?

Salam. yep. Malam ni. Terasa nak post something. Hoho. and I got the topic. Ujian. Yep. Ujian. As semua orang sedar, kat dunia ni. kita sebagai manusia tak pernah sekali pun dapat lari dari ujian dan cubaan dari Allah. Sebenarnya, semua ujian ni Allah kasi kat kita sebagai tanda kasih sayang Nya kepada kita. Cuma kita sebagai manusia kadang kadang lupa dan leka untuk mencurahkan kasih sayang kita kepada Allah. Hmm, tadi bukak fb. Then, nampak kata kata yang menarik dari wall seorang sahabat. Coretannya begini 
“Ketika Allah rindu pada hambanya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
— (HR Tabrani dari Abu Umamah)

Dan, dengan tak semena mena. air mata ni jatuh berjuraian. Allah itu indah sifatnya. Jauh teramat sangat dengan manusia yang penuh dengan kebencian dan kejahatan. Allah juga tak pernah sekali pun tidak mendengar rintihan dan permintaan hambaNya. Cuma, kadang kala dia tidak memakbulkan permintaan hambaNya kerana dia sangat suka untuk mendengar kesungguhan hambaNya meminta dariNya. Alhamdulillah. Aku sedar. Amat sedar. Setiap apa yang aku hadapi, ada hikmah yang aku sendiri tak tahu. Kebelakangan ni pun, aku sering menitiskan air mata dek kerana kesabaran aku yang sudah tiada batasnya atas segala dugaan dan ujian yang mendatang. Tapi, aku mula bersyukur atas segala yang aku hadapi. Mungkin Allah ingin memberi aku kesedaran. Think positive itu perlu (: Aku perlu kuatkan hati, perjalanan hidup aku ini masih terlalu. Terlalu panjang. Entah apa pulak yang akan berlaku di masa hadapan. semua pun tak tahu. Okyy, doakan aku terus tabah atas segala ujian dan cubaan. Amiin. Salam



Adios, rezeki, jodoh, ajal dan segala benda adalah rahsia Allah. Kita hanya mampu meminta agar diberi yang terbaik. Be Strong babe ! <3 

No comments:

Post a Comment

Sila2..!