Monday, March 5, 2012

Kejamnya manusia.

Salam. hmm, hari ni. Ada satu cerita menarik yang saya rasa amat tersentuh sangat. Ceritanya bermula bila saya membuka YouTube untuk mendengar lagu. Dengan secara tidak sengajanya saya ternampak ada satu link video yang amat, menarik perhatian saya. Yang bertitle ' Kucing Hero Di Buletin Utama'. Saya ingatkan kucing tu jadi hero ke apa. Rupa-rupanya, itu nama dia and ada kisah sedih disebalik tajuk tu. Yang mengejutkan, Hero tak ada kaki dua kat depan. Seolah olah rupa dia macam kanggaru. And bila saya tonton video tu. Ya Rabbi, Allah je tahu. Macam mana dengan secara tiba tiba air mata saya turun dengan laju dan deras. Seriuosly. Hmm, meh lah saya cerita sebab Hero tu jadi macam tu. Hmm,sebenarnya  kakinya dipotong sebab dia curi SEPOTONG ikan. Kalian, sepotong je. Semua pun tahukan, kucing tu haiwan manalah ada akal macam manusia ni. Tapi, manusia yang  berakal ni bertindak macam tak ada akal je.Err. Emo malam malam ni. Adush, camana tak emo babe. Kucing je kot. SEPOTONG je kot. And, part paling keluar air mata sekali air hidunglah.Ceit. perlu cakap. Ahh. pedulikan. Bila, orang yang jaga dia sekarang tu cerita. Bagaimana bertawakalnya dia nak selamatkan Hero hanya dengan menyapu minyak gamat. and, dia cakap lagi. dia kata. dia pasrah. and kalau Hero nak mati pun.Biarlah kat rumah dia. Biar dia yang tanam. Ya Allah, mulianya hati dia. Itu jugak nak menunjukkan kat kita yang kuasa pasrah dan tawakal pada Allah tu tiada tandingan. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.And dengan kuasa Allah, Hero terus hidup dan aku tengok hubungan dia dengan tuan dia tu. Akrabnyaa. Jujur, buat aku rindu kat arwah kucing kucing aku. Kucing ni pun kan haiwan kesayangan Rasulullah. Even, sahabat dia pun, Baginda gelarkan Abu Hurairah (bapa Kucing ) (:
Tulah yang berlaku bila manusia bertindak ikt amarah dan nafsu tanpa menggunakan akal fikiran yang Allah bagi kat kita semua. Bersyukurlah dengan akal tu kalian. oky, itu sahaja coretan malam err  pagi. Actually.
Salam :) Hmm, kalau korang nak tengok video tu search kat mr. YouTube tu title tu, oky?


Adios ! Bertindak ikut nafsu rosak binasa. Bertindak ikut akal, InsyaAllah ada hikmah dan kebaikannya. Makhluk Allah itu sama sahaja, AKAL adalah bandingan segalanya (:

No comments:

Post a Comment

Sila2..!